29 January 2015

Ilmu



Kitab Riyadhus Shalihin oleh Imam Nawawi ini sudah lama saya beli. Beli dan simpan. Ini bukan buku cerita yang saya boleh baca sambil berbaring di atas katil. Membacanya yang tersurat pastinya boleh sahaja. Menikmati yang tersirat itu yang lebih utama.

Teringat saya zaman di sekolah menengah mempelajari subjek hadith. 40 hadis terpilih dari Sahih Bukhari dihadam demi peperiksaan SMU. Dulu lain rasanya. Belajar kerana exam. Nikmatnya pasti berbeza dengan belajar kerana ilmu. Ilmu yang diamal sebagai bekal mengadap Allah.

Sekejap di Tingkatan 6 Bawah, saya berpeluang mempelajari 'Ulumul Hadith dengan Ustazah Hasnita. Sekurang-kurangnya saya punya asas tentang ilmu hadith. Betapa ilmu yang tidak diamal itu hilang. Benar sekali. Banyak yang sudah saya lupa. 

Semalam mendapat perkhabaran yang Ustaz Masran Arshad yang sudi mengajar Hadith melalui Whatsapps. Kitab yang akan dibaca pula ialah kitab ini. Allahuakbar. Saya sangat bersyukur. 

Satu hari satu hadith. Itu lebih daripada memadai.
Moga jadi ilmu bermanfaat. Malu benar rasanya mahu bertemu Baginda tanpa bukti yang kita mengamalkan sunnahnya.







memadailah Allah sebagai kekasih, Al-Quran sebagai hiburan dan mati sebagai peringatan

No comments:

Post a Comment