27 March 2015

Buku 5 : Nora Ismail dan Rose Harissa

..dan Cinta pun tersenyum.

Ini buku yang saya pinjam dari PPAS. Buat teman di kala bosan. Ceritanya mudah. Kisah cinta antara 2 negara. Sesuai dibaca saat santai.

Ini pula Wasilah Cinta Weera. Kisah kahwin tanpa cinta.
Konflik keluarga. Saat otak berserabut, bolehlah dibaca.


Nora Ismail dan Rosa Harissa adalah orang yang sama.


Otak beku. Malas dah nak taip.



memadailah Allah sebagai kekasih, Al-Quran sebagai hiburan dan mati sebagai peringatan

25 March 2015

Diari 25 Mac 2015 : Bertemu

Semalam saya singgah di rumah kak midah. Mahu menghantar EA form. Hajatnya singgah 10 minit sahaja. 10 minit yag telah menjadi 1 jam. Itu pun banyak cerita yang belum sempat diupdate. Alaa, lupa nak cerita pasal bos yang masuk wad.

Dua minggu lepas, beliau menghantar whatsapps. "Nanti singgah rumah ya, ambik air, akak dah beli mesin air ni."

Semalam barulah saya melihat mesin air tersebut.

"Akak beli mesin air apa hari tu?"

"Mai la tengok, ni mesin ni. Mahalnya boleh tahan jugak, harganya RM12k."

"Mahalnya kak."

"Akak bagi zah air ni satu bekas, bawak balik dan minum, tengok hasilnya nanti."

Dan kami pun berkongsi cerita.

"Kak Ila pesan produk hari tu kak."

"Ada, boleh je." Balasnya sambil berjalan mengambil produk tersebut.

"Zah pakai refresher tak lepas cuci muka?"

"Kak, saya tak pakai apa-apa pun kak, toner pun lupa pakai sekarang ni." Jawab saya sambil tergelak.

"Ehhh, u ni..nah, nah, I bagi u satu, try yang ni."

Akhirnya, azan maghrib baru saya boleh beransur balik dengan sebekas air kangen dan drinking water serta 1 refresher. Akak ni, ada je benda nak kasik.

Kak, terima kasih kerana sentiasa ada, tidak pernah lupa, tidak pernah jemu menjaga, memberi nasihat dan semangat. Ada ukhuwah tersimpul erat walau tanpa tali yang mengikat.














memadailah Allah sebagai kekasih, Al-Quran sebagai hiburan dan mati sebagai peringatan

24 March 2015

Diari 24 Mac 2015: Email dari bos

Email yang menjengah kotak inbox saya membuatkan kotak fikir saya terganggu. Saya mengeluh berat. Khabar itu mengembirakan hati saya. Terima dengan syarat. Ia juga khabar duka sebenarnya, sebab ianya ditolak untuk kali ini.

"We would be happy to reconsider once you have made necessary changes. Please revised." Ini email yang telah di forwardkan oleh bos saya.

Melihat satu persatu pembetulan yang perlu dibuat membuatkan saya terkedu. Lama saya termenung.

Akhirnya email bos saya itu saya balas, "Baik, saya akan betulkan semula sebagaimana yang telah dicadangkan."

Saya mahu menangis.


 

 





memadailah Allah sebagai kekasih, Al-Quran sebagai hiburan dan mati sebagai peringatan

23 March 2015

Diari 23 Mac 2015 :Hujung Minggu

Sabtu dan ahad saya berseminar. Informasi yang saya perolehi dari group whatsapps  terus memikat hari saya. Seawal 8.15 saya ke FKE UiTM. Alhamdulillah, saya tiba tepat pada masanya. Jakun pula rasanya bila sendirian. Sorang-sorang tanpa kenal siapa-siapa dalam dunia yang pertama kali di huni ramai lelaki berbanding wanita. Saya memilih tempat duduk paling tepi dan barisan ke tiga dari belakang. Segan pula mahu menapak ke depan. Setengah jam kemudian, dua kerusi sebelah saya di duduki oleh dua orang pelajar. Budak remaja yang tidak boleh duduk diam. Bergoyang meja dibuatnya. 

"Madam boleh ya duduk diam-diam concentrate, tak ngantuk ke?"

"Ok je".

Saya menghabiskan hari sabtu saya di sini. Malamnya saya sudah berjanji untuk menghadiri majlis walimah bekas pelajar saya. Dalam hujan renyai seawal 7.30 malam saya ke Dewan Belia dan Kebudayaan Seksyen 7. Hakikatnya saya sudah keletihan. Demi mengenangkan pasangan mempelai yang sanggup datang menjemput saya, saya gagahkan juga diri yang sudah keletihan.



Aina dan Amin-pelajar saya



Group yang ramai tapi senang diuruskan
Dan ahad keesokan harinya saya berseminar sehari lagi.

Longlai rasanya.


Diari diri,





memadailah Allah sebagai kekasih, Al-Quran sebagai hiburan dan mati sebagai peringatan

20 March 2015

Diari 20 Mac 2014: Kelas di Pagi Jumaat

Pagi ini saya ke PPAS. Jadual yang saya terima malam tadi benar-benar mengujakan. Hari ini kelas bersama Ustaz Azim, membincangkan kitab Misbahul Munir. Ini antara kelas yang paling saya suka, yang paling sayang untuk saya tinggalkan, yang menghidupkan semula hati saya. Mempelajari perkara yang sudah tahu, tetapi memberi kesan mendalam dalam jiwa. 

Kata ustaz, iman yang diberi Allah kepada kita adalah tiket untuk kita ke syurga. Tiket yang mahal tetapi percuma sahaja kita perolehi, bukankah itu amat bernilai melebihi dunia dan isinya. Kita hidup bukan untuk 1000 tahun, singgah di sini sekejap sahaja sebelum kembali ke alam abadi. Makanya, jagalah iman di hati dengan ilmu. Ilmu yang wajib kita cari.

Allah yang menciptakan kita. Pasti Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Dia yang mengaturkan alam dengan siang dan malam, panas dan hujan, siapa kita untuk mempersoalkan Dia yang Maha Mengetahui. Kita hamba yang jahil. Buktinya? Alaaa..usah bersusah mengira bintang di langit yang siangnya hilang, muncul bila langit terang di waktu malam. Kira sahaja bulu mata di wajahmu, itu sudah cukup menunjukkan kurangnya ilmu kita. kan?

Usah dipersoalkan hukum Allah. Usah pertikaikan sama ada sesuai atau tidak. Dia dah suruh, buat sahaja. Menafikannya bermakna menafikan ilmu Allah. Seolah-olah kita memperlekehkan tuhan yang menciptakan kita. Hukumnya kafir di sisi Allah. Nauzubillah.

Jaga iman kita bermakna kita menjaga aqidah kita. Itu syarat utama untuk ke syurga Allah.

 




memadailah Allah sebagai kekasih, Al-Quran sebagai hiburan dan mati sebagai peringatan

19 March 2015

Diari 19 Mac 2015: Ukhuwah fillah

Saya menerima jemputan walimah dua sahabat saya lebih kurang sebulan yang lepas. Itu jemputan formal, jemputan yang tidak formal sudah lama saya dapat. Dua sahabat baik saya akan menikah pada tarikh yang hampir sama. Adilah memilih sabtu 14/3 sebagai tarik bersejarah beliau, dan sahabat saya Tiey memilih 15/3. Ini jemputan yang tidak boleh saya pandang sebelah mata. 

Mereka berdua,  Adilah dan Tiey, dua sahabat yang istimewa. Istimewa di hati saya. Adilah, persahabatan saya dengan beliau terjalin sejak tingkatan peralihan di sebuah daerah kelahiran saya.
Di sini kita membina ukhuwah.(huduh benar gambornya..hehe)
Persahabatan yang cukup lama menyebabkan kami saling mengenal hati budi masing-masing. Dia sahabat yang tidak pernah menghampakan saya. Yang tidak perlu saya selindung apa-apa. Dengan dia saya telus, meluahkan apa sahaja dalam hati saya. Segala rasa marah, benci, meyampah dan semua perangai buruk saya tidak pernah saya sembunyikan. Dia boleh sahaja meneka riak hati saya tanpa saya perlu berkata apa-apa. Paling penting, keluarga kami saling mengenali antara satu sama lain. Dari mak ayah, adik beradik, anak saudara dan juga sampai ke emak saudara. Kelakar kan? Banyak benar budinya pada saya.


Perkenalan saya dengan Tiey pula bermula sejak kami di UIA. Dia jiran sebelah bilik. Rasanya kami tidak rapat benar masa di Nusaybah. Hubungan kami rapat selepas kami tamat belajar. Kenapa ya? Mungkin kami berkongsi rasa yang sama. Saya sudah 2 kali bertandang ke rumahnya di Kampar
Nasi kerabu kita..Cik Ma..im waiting for your turn
Perak. Dua kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan. Benar, bila kita mahu bersahabat kerana Allah, Allah akan memberikan kita sahabat yang baik, yang tidak lekang memberi nasihat. Nasihat kadang-kadang tidak perlu panjang berjela, cukup sebaris ayat tetapi melekat di hati.

Saya mahu memohon cuti. Malangnya ditolak atas sebab-sebab yang tidak dapat saya tuliskan di sini. Saya nekad. Hujung minggu ini saya wajib berada di kampung halaman, dengan apa cara sekalipun. Tiket bas sudah habis kerana cuti sekolah telah bermula. Akhirnya saya memilih untuk terbang demi meraikan hari bahagia mereka berdua.

Walaupun cuma dua hari di Pasir Mas, saya cukup gembira. Syukur tidak terhingga buat Dia yang telah mengabulkan doa saya untuk sabahat-sahabat saya.

Alhamdulillah wa syukrillah.
Sekalung tahniah buat kalian.



 P/s: Ini untuk kalian yang sedang mencipta bahagia



Dua insan,
Bersatu dengan lafaz suci,
Berkasih sayang demi cinta illahi,
Moga kalian sentiasa dalam lindunganTuhan,
Menyemai cinta seluas langit terbentang,
Setulusnya memberi tanpa mengharapkan balasan,
Seikhlasnya menyayangi selagi hayat di kandung badan,
Tabahlah dalam mengharung ujian  mendatang,
Jangan sesekali mengalah andai diduga dek gelombang di lautan,
Sabarlah dengan setiap kekurangan,
Jadilah pendamping yang memberi ketenangan ,
Berusahalah mencari kesempurnaan,
Redha dengan setiap pemberian,
Matlamat kita bukan kebendaan,
Isteri solehah yang dicitakan,
Cukuplah syurga sebagai ganjaran.















Diari diri










memadailah Allah sebagai kekasih, Al-Quran sebagai hiburan dan mati sebagai peringatan

18 March 2015

Buku 4 2015: Sahaja Aku Jatuh Cinta

Saya sudah mungkir janji. Opps ini buku yang saya beli secara online sahaja. Biasala, bila tengok buku, mesti nak jugak.

























memadailah Allah sebagai kekasih, Al-Quran sebagai hiburan dan mati sebagai peringatan

02 March 2015

Diari 2 Mac 2015: Selepas 9 bulan

Saya kembali ke sini selepas 9 bulan tempat ini saya tinggalkan. Perasaan saya berbaur. Saya gagahkan diri juga. Rasanya tekanan yang saya hadapi 9 bulan lepas masih belum hilang. Beban yang saya pikul masih terasa beratnya. 

Andai di tanya mengapa, saya sahaja yang tahu jawapan sebenarnya. Jarang saya luahkan pada sesiapa. Hanya kawan-kawan yang bersama saya setiap hari, mengharung peritnya tekanan di sini sahaja yang memahami. Andai di tanya pada saya, jawapan yang saya beri adalah jawapan dusta yang tertulis di buku semata,

 "ok je, boleh la, layan je". 

Tapi usah direnung mata saya. Jangan dipandang wajah saya. Wajah ini tidak mampu menyembunyikan rasa. Mata ini juga biasan hati yang sudah tidak mampu berdusta. 

Saya sudah hilang apa yang saya cari selama ini. Saya betul-betul sendirian. Tiada lagi teman berjuang seperti dulu. 

Dan kini saya tahu niat saya sudah tidak seperti dulu. Ya Allah, kau ampunkan dosaku. Bantulah aku dalam menempuh hidup yang kian menggila di sini. 

Harus berat badan saya turun lagi. Tengok la nanti. 


Diari diri,


memadailah Allah sebagai kekasih, Al-Quran sebagai hiburan dan mati sebagai peringatan