28 January 2015

20 CIRI SUAMI YANG SHALIH DALAM RUMAH TANGGA.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:
TAZKIRAH HARI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA.
(Rabu 7 Januari, 2015).
20 CIRI SUAMI YANG SHALIH DALAM RUMAH TANGGA.
Allah menciptakan manusia secara berpasangan. Laki-laki diciptakan Allah untuk wanita dan wanita diciptakan untuk Laki-laki. Keduanya saling memerlukan. Pernikahan merupakan kesempurnaan hidup seorang makhluk bernama manusia. apabila sudah mendirikan pernikahan (rumah tangga), bererti telah sempurna separuh imannya.
Dalam pernikahan, dapat menjadikan manusia hidup lebih terarah, lebih teratur, lebih bertanggung jawab, lebih rajin, lebih tenteram, lebih bahagia dan banyak lagi kelebihan yang lainnya.
Tujuan utama berumah tangga dalam Islam adalah untuk membina keluarga yang, SAKINAH, MAWADDAH dan RAHMAT. Hal ini di jelaskan Allah SWT dalam al-Qur'an dalam Surah Ar-Ruum, ayat 21:
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Ertinya:
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir".
Sakinah, Mawaddah, Warrahmah, akan dapat terlaksana dengan baik jika masing-masing pasangan dapat melaksanakan tugas dan tanggung jawab menurut kemampuannya masing-masing. Maka rumah tangga akan menjadi sarana untuk menjalin hubungan baik, mendapatkan ketenangan jiwa dan kebahagiaan hidup bahkan akan menjadi SYURGA dalam rumah tangga.
Namun demikian rumah tangga akan bertukar menjadi NERAKA apabila berlaku konflik rumah tangga. Konflik tersebut datang oleh beberapa faktor di antaranya:
1. Tekanan Ekonomi.
2. Latar Belakang Keluarga Yang Berbeza.
3. Lingkungan Rumah.
4. Keegoan dan kesombongan Masing-masing
5. Campur Tangan/Kehadiran Pihak Ketiga.
6. Ketidak Siapan Mental Masing-masing Pasangan dalam membina badai rumah tangga. Dan banyak lagi faktor yang lainnya.
Dalam TAZKIRAH HARI INI, secara ringkas USM ingin menjelaskan tentang ciri-ciri suami yang sholih dalam keluarga islam. Hal ini bertujuan untuk renungan bersama kepada para suami. Kerana USM sendiri sebagai seorang suami serta sebagai bapak kepada anak-anak.
Di antara 20 ciri-ciri suami yag sholih dalam keluarga Islam secara ringkasnya adalah:
1. Niat yang Baik (Ikhlas) Dalam Berumah Tangga Untuk Membina Keluarga Bahagia Dengan Redha Allah bukan untuk Mendera Mental Isteri Atau menghambakan isteri.
2. Sambutan Yang Baik Di Hadapan Isterinya. Dengan Ucapan Salam atau Senyuman Manis Ketika bertemu.
3. Bercakap Dan Bersikap Dengan Lemah Lembut. Jangan bersikap Kasar kepada isteri dengan menengking dan membentak Isteri serta Mengherdik.
4. Panggilan Yang Mesra. Jangan Memanggil Isteri dengan Hanya Menyebut Namanya, Tapi gunakan Gelaran yang manis seperti Darling, Sayang, Manja dan sebagainya.
5. Bersikap Harmonis Serta Menghiburkan Suasana Rumah Tangga. Jangan menambahkan beban.
6. Bersuka Ria dengan bersenda gurau ketika di rumah, di meja makan, dalam perjalanan atau suasana yang lain untuk menambah keharmonian keluarga.
7. Saling Membantu Dalam menguruskan Tugas Keluarga. Untuk meringankan tugas.
8. Bermesyuarat dalam menyelesaikan masalah yang di hadapi di dalam rumah tangga, tinggalkan EGO dan SOMBONG Diri dalam memecahkan masalah keluarga.
9. Menghubungkan silaturahim antara keluarga dengan mengajak isteri menziarahi keluarga suaminya atau suaki membiarkan dan memberi izin kepada isterinya untuk menziarahi keluarganya.
10. Memberi Pesan kepada Isterinya Ketika akan keluar dari rumah, dengan meminta Izin atau minta doa dari isterinya.
11. Memberi Nafkah harta benda serta keperluan rumah tangga kepada isterinya menurut kemampuan suaminya.
12. Berhias diri di depan isteri dengan berpakaian yang sopan dan kemas di hadapan isterinya serta Bau badan dan bau mulut yang segar dan bukan bau badan dan bau asap rokok di mulut suaminya ketika bercakap dengan isterinya.
13. Memberi nafkah batin kepada isterinya menurut kemampuan masing-masing.
14. Saling menjaga hati dan perasaan pasangan masing-masing dan tidak saling menyakitkan hatinya dwngan ucapan atau perbuatan.
15. Wajib menjaga rahsia pasangannya dan haram untuk mendedahkannya dan mengaibkanya, meskipun pada orang tua sendiri batau adik beradik sendiri, melainkan untuk meminta nasihat.
16. Mengajar agama dan menasihati pasangannya untuk melaksanakan perintah Allah dan Rasul dan menegur jika terdapat pada pasangannya, perkara yang melanggar syariat Islam.
17. Bersikap cemburu yang beralasan terhadap isterinya jika melakukan perbuatan yang di rasakan perlu pada teguran yang membina.
18. Bersikap sabar dengan kerenah pasangannya dan jangan mudah melenting dan menengking pasangannya. Dengan kalimat yang kesat dan kotor atau dengan maki hamun serta memarahi isteri secara berlebihan.
19. Memuliakan keluarga san teman-teman isterinya dengan memberi izin untuk bertemu dwngan keluarga bdan teman-teman isterinya.
20. Bersikap sopan santun kepada isterinya dengan jalan memaafkan kesalahannya, berlapang dada, menegur dan menasihatinya.
Wahai para suami, jadilah kita pasangan yang terbaik untuk isterinya. Dan jadikan brumah tangga kita adalah syurga bagi kita.
Ya Allah jadi kami suami yang sholeh kepada isteri kami san jadikan bkami bapak Yang sholeh kepada anak-anak kami. Mudah-mudahan keluarga kami mendapat sakinah mawaddah wa rahmah. Di atas Redho dan Izin dari-Mu.
Aamiinn Ya Robbal 'Aalamiin !!!!!
Wallahu A'lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. (Ustaz Sihabuddin Muhaemin)
Catatan:
ILMU ITU HANYA MILIK ALLAH UNTUK DISEBARKAN.
Mudah-mudahan bermanfaat.
Di Dunia Dan Akhirat. Insya-Allah. Aamiinn !!!!!
Kritik dan saran yang membina sangat dialu alukan.
Sila tlp/sms kami, USM (012-6653988).
Atau layari laman facebook:
http://www.facebook.com/ USM - Sihabuddin Muhaemin.
TERIMA KASIH.
( Shah Alam, Rabu16 Rabiul Awal 1436 H).


memadailah Allah sebagai kekasih, Al-Quran sebagai hiburan dan mati sebagai peringatan

No comments:

Post a Comment