08 January 2015

Diari 8 Januari 2015: Kisah Semalam

Dua minggu lepas saya menghubungi bos saya melalui email memohon masa seminit dua untuk bertemu.

"Saya cuti la minggu depan. Early January la ya." Itu jawapan balas beliau.

"Baik, selasa atau rabu minggu pertama ya"

"Boleh."

Opps, kerja saya bertimbun. Saya dihimpit tarikh mati. Saya berangan untuk bertemu dengan beliau pada hari rabu.

Terjaga jam 12.30 tengah malam pada malam isnin, saya membaca mesej di hp yang dihantar pada jam 11.01 malam.

"Esok saya free jam 12.30."

Lor, esok baru selasa. Adus, kerja masih banyak lagi yang diperlukan. Nak bagi alasan apa untuk tidak bertemu beliau esok. Terkelip-kelip saya berfikir dalam gelap sampai jam 230 pagi.

Jam 7 pagi hari selasa, saya menaip mesej di hp,

"Maaf bos, saya tak dapat datang hari ni. Saya datang esok ya. Pukul berapa pun tak pe."

Selang setengah jam kemudian, ini mesej dari beliau.

"Esok jam 300 petang."

Bos saya yang baik, tergelak besar melihat hasil kerja saya. 

"We are not writing a text book. So, the way you write must be different. Assume that your readers are experts in this area. Do not afraid to give comments, as long as you can justify."

"Tapi tak pe, bagi saya tengok, dan kita cuba olah balik."

Dengan kata mudahnya.

"Apa awak tulis ni Hasliza. Merepek banyak sangat."

"Ni pun kira learning process jugak, at least you dah cuba buat. Salah tu biasa"

Saya menarik nafas berat. 

Susah la keje yang bos saya suruh buat ni tapi beliau dah pesan siap2 jangan give up.

Haih.

Jam 3.25 saya dah meredah hujan pulang ke Shah Alam.




Diari diri,



memadailah Allah sebagai kekasih, Al-Quran sebagai hiburan dan mati sebagai peringatan

No comments:

Post a Comment