08 February 2015

Diari 8 Februari 2015: Tidak dirancang

Sabtu lepas saya ke PKNS. Hajatnya cuma satu, bank in cek yang sudah hampir 2 bulan berada di tangan. Selepas singgah makan nasi lemak yang tidak berapa sedap, saya singgah di booth PKNS dan tanpa sengaja terjumpa beberapa kitab lama. Apa lagi, saya beli sahaja. Bila mahu dibaca? Saya pun tidak tahu.

Saya kemudiannya ke SACC Mall. Sudah alang-alang sampai ke situ, saya mahu ke kedai kain. Opps mahal sangat. Gulatis saya keluar dengan tangan kosong. Singgah sebentar di Body Shop membeli perfume yang sudah berbulan-bulan bertangguh. Body Shop sahaja. Itu sahaja satu-satunya minyak wangi yang boleh saya pakai, yang tidak menyengat hidung dan tidak membuatkan saya pening lalat.
Kitab Tok Guru Haji Lah Lubuk Tapah 

Selepas itu saya ke Pesta Buku Selangor di Shah Alam Konvensyen Center. Mahu menjenguk sebentar dan melepaskan gian tanpa ada perancangan apa-apa. Saya singgah di booth Pengajian Pondok dan sempat membeli kitab nipis yang berharga RM5 sahaja. Ralit benar saya di situ. Tidak sedar handphone berbunyi.

"Miss, jom p kuantan. Saya kat KL ni. Miss kata kalau ada yang nak p dari KL, miss boleh ikut."

Haduhh.

Alasan yang saya beri sudah tidak relevant lagi.

"Bukan awak ke sana dari JB ke?"

"Saya balik KL ni."

"Alaa miss jom la, kita p sekejap je, just jumpa Muaz dan Din, pastu kita balik la." Dia memujuk lagi.

Jam di tangan sudah 12.45 tengahari.

Teringat saya pada PA Muaz yang sudah 2 minggu cuba menghubungi saya. Muaz yang beria-ria menjemput.

"Miss datang la miss, bila lagi kita nk kumpul ramai-ramai."

"Jauh tu Muaz..tak kan saya nk p sana sorang-sorang, nak drive memang tak lepas la saya. Kalau ada orang nak p dari sini boleh la saya tumpang."

Saya memberi alasan.

Kini alasan tersebut sudah memakan diri saya.

"Ye la, ye la, saya p la, you all ni pandai je buat saya serba salah."

Bersama Ainuddin, Muaz dan Azmir di Tanjung Lumpur Kuantan
Mengenali mereka sejak 2005. Sudah 10 tahun. Mereka sudah menjawat jawatan besar. Ainudin kini menjadi Setiausaha Akhbar Menteri Besar Johor, Muaz di Asturi Metal Builders di Gebeng dan dah jadi bos besar. Garangnya tak habis-habis. Azmir pula di sebuah syarikat pembinaan di JB.

Tapi mereka tetap anak murid saya. Masih lagi mendengar cakap saya.

Terima kasih kerana sentiasa menjadi bodyguard saya.



Diari diri,



memadailah Allah sebagai kekasih, Al-Quran sebagai hiburan dan mati sebagai peringatan

9 SIFAT LAKI-LAKI YANG TIDAK BAIK UNTUK DIJADIKAN SUAMI.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:
TAZKIRAH HARI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA. 
(Isnin 2 Februari 2015).

9 SIFAT LAKI-LAKI YANG TIDAK BAIK UNTUK DIJADIKAN SUAMI.
Laki-laki dalam islam adalah sebagai kepala rumah tangga dengan kelebihan yang diberikan Allah SWT kepada kaum Adam tersebut. Alangkah malangnya jika kendalian rumah tangga berada di tangan isteri. Maka akan huru haralah rumah tangga. Firman Allah SWT dalam al-Qur'an Surah An-Nisa, ayat 34:
الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ.
Ertinya:
"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan".

Setelah USM Menuliskan TAZKIRAH tentang 6 Sifat wanita yang tidak baik dijadikan Istri semalam, ada beberapa orang pembaca meminta USM untuk menuliskan TAZKIRAH tentang laki-laki yang tak layak dijadikan suami dan pendamping hidup. Hal ini bertujuan agar wanita bijak dalam memilih suami sebagai pasangan hidup untuk masa depannya. Di samping saranan yang di sebutkan di dalam hadis nabi tentang pilihan yang paling utama dalam memilih pasangan hidup adalah rupanya, keturunannya, hartanya, agamanya, ilmunya, dan akhlaknya.
Pada TAZKIRAH hari ini USM ingin menyebutkan beberapa akhkak laki-laki yang tak kayak untuk dijadikan teman hidup. Di antaranya adalah:
1. Suka Berfoya-foya (Joli).
Berfoya – foya iaitu “menghambur -hamburkan Uang atau Materi secara berlebihan atau tidak dengan mendapatkan atau membelanjakan sesuatu yang tidak terlalu penting dan juga dipakai untuk sesuatu yang negatif” . Seperti begitu dermawan kepada teman-temannya, tetapi begitu berkira dengan keluarganya. 
Dengan kata lain lelaki yang suka Seorang berfoya - foya adalah lelaki yang tidak dapat mengontrol Keuangan untuk keluarganya.

2. Pengontrol.
Iaitu lelaki yang suka mengontrol pasangan hidupnya dalam semua pergerakannya dengan menyuruh dan melarang ini dan itu. Biasanya lelaki seperti ini adalah seorang yang mempunyai temperament tinggi atau pemarah : yang selalu mengatur apa saja yang dikehendakinya.
Nemun demikian ada kalanya seorang suami diharapkan untuk mampu menjadi Pengontrol penuh dalam rumah tangga, tetapi dalam hal tertentu yang bertujuan demi kebaikan bersama dalam keluarga.
3. Anak Mama (Terlalu Manja).
Maksud anak mama dalam hal ini bukan berarti yang sayang terhadap ibunya , yang sampai hari ini selalu kerumah orang tuanya jika berasingan duduk. Anak mama yang dimaksudkan di sini adalah yang berarti apapun yang ia lakukan masih dikontrol penuh oleh Mama atau ibunya, mengenai Cara makan contohnya , Belanja Keperluan Pribadi, makanannya, pakaiannya dan lain – lain. Bayangkan apabila ada seorang Pria yang sudah menikah dan telah menjadi Suami, masih begitu manja dengan ibunya tanoa mampu mengambil keputusan sendiri sebagai seorang suami.
4. Pemabuk, Pecandu Ubat-ubatan Yang Terlarang.
Sudah pasti seorang wanita yang baik tidak akan mahu mempunyai suami seperti ini , Seorang Pecandu alkohol rata – rata adalah orang yang tidak dapat mengontrol emosinya, pemarah, dan tidak dapat memberikan arahan yang baik kepada istrinya. Dan istri akan tertekan batin jika bersuamikan dengan kaki pemabuk dan Pecandu ubat-ubat yang terlarang.
5. Pemalas
Disini jelas sekali dalam kata “MALAS” sudah terlihat dalam hal ini termasuk negatif. Pemalas adalah , suami yang tidak dapat memanfaatkan waktunya untuk hal yang baik , dan bertanggung jawab atas apa yang telah menjadi tanggung jawabnya , seperti contoh : tidak mau bekerja untuk mencari rizqi.
6. Temperament Tinggi (Beremosj).
Secara normalnya seorang suami mempunyai Emosi lebih tinggi dari pada wanita , akan tetapi suami yang baik adalah seorangsuami yang mampu mengendalikan Emosinya, akan tetapi Seorang suami yang temperature tinggi tidak akan dapat mengolah pemikirannya
[2:05pm, 02/02/2015] Kak Ju Ppas: dengan waras untuk dapat mengendalikan emosinya , suka marah-marah yang tak jelas sebabnya dan tak jelas asal usul kemarannya, dan juga suka memperbesar masalah yang kecil , terkadang sampai suka memukul san mendera isterinya secara berlebihan.

7. Suka Gossip / Menggunjing.
Gossip bukan seperti bayangan secara umum , bertemu dengan teman sebaya dan teman lama sesama lelaki atau teman lama wanita waktu sekolah membicarakan masa lalu tentang temannya. Maksud gosip di sini adalah suka bercakap tentang benda yang remeh temeh dan bercerita kepada orang lain. Seperti Contoh ada jiran yang buat kenduri, akan tetapi hidangannya kurang sedap dan lelaki tersebut memberikan komen yang terlalu kepada saudara - saudaranya atau jiran yang lain dan berbicara tentang kekurangan tersebut. Padahal ianya tak perlu diperbincangkan.
8. PlayBoy (Kaki Perempuan)
Lelaki seperti ini sangat tidak layak untuk dijadikan pendamping hidup jika lelaki tersebut adalah kaki perempuan. Kerana kehancuran sesebuah keluarga adalah apabila pasangannya adalah kaki perempuan. Jika ianya berlaku maka istri akan menanggung keperitan yang berpanjangan jika bersuami yang kaki perempuan di samping boleh mendatangkan penyakit alat kelamin.
9. Tidak Punya Etika Dan Sopan Santun.
Ini adalah masalah serius dalam sebuah rumah tangga. Yang secara garis besarnya apabila kita membangun sebuah keluarga, maka suami adalah pemimpin kelauarga atau istilah yang kain adalah kepala keluarga, dan dalam hidup berumahtangga suami itu pastinya akan mempunyai ayah dan ibu baru serta keluarga baru iaitu Mertua dan ipar duai.
Seorang wanita mendambakan suami yang bersikap sopan santun dan mampu menghargai orang tuanya, keluarganya, sahabatnya serta orang lain di sekelilingnya. Suami menikahi istrinya secara istilah yang lain dia juga harus menikahi keluarga dan sanak saudara mara yang lainnya.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Sejahterakan kami dalam dana keluarga kami salam hidup, berikan kepada kami suami yang sholih dan isteri yang sholihah. Yang akan membawa kami kebahagiaan dalam menjalani kehidupan di dunia dan akhirat. Aamiinn Ya Robbal 'Aalamiin !!!!!
Wallahu A'lam. 
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat. 
Wassalam USM. (Ustaz Sihabuddin Muhaemin).

Catatan:
ILMU ITU MILIK ALLAH SWT UNTUK DISEBARKAN. 
Sila KONGSIKAN Dengan Sesama SAUDARA KITA. 
Mudah-Mudahan bermanfaat Untuk Semua.
Di Dunia Dan Di Akhirat Nanti. Insya-Allah. Aamiinn !!!!!

Kritik Dan Saran Yang Membina Sangat Dialu-alukan. 
Sila tlp/sms kami, USM (012-6653988). 
Atau layari laman facebook:
USM - Sihabuddin Muhaemin.

TERIMA KASIH. 
(Makkah al-Mukarramah, Isnin 12 Rabiul Akhir 1436 H).

memadailah Allah sebagai kekasih, Al-Quran sebagai hiburan dan mati sebagai peringatan

6 SIFAT WANITA YANG AKAN MEROSAKKAN RUMAH TANGGA DAN MENJADI FITNAH KEPADA SUAMI.

 [ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:
TAZKIRAH HARI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA.
(Ahad 1 Februari, 2015).
6 SIFAT WANITA YANG AKAN MEROSAKKAN RUMAH TANGGA DAN MENJADI FITNAH KEPADA SUAMI.
Kebahagiaan hidup seseorang akan terasa bahagia jika sudah berumah tangga. Dan Setiap orang pasti ingin mempunyai Rumah tangga yang tenang, aman dan damai penuh dengan senyuman dan kebahagiaan atau dalam istilah yang lain adalah keluarga yang Sakinah, Mawaddah wa Rahmah. Allah SWT berfirman: Surah Ar-Ruum ayat 21:
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Ertinya:
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir".
Namun tidak semua suami mendapatkan keinginan apa yang diimpikan. Banyak faktor yang berlaku dalam keluarga, mungkin kerana faktor tekanan ekonomi, tekanan keluarga, atau mungkin Tabiat Istri itu sendiri.
Pada TAZKIRAH hari ini, USM ingin menjelaskan sedikit tentang masalah dalam rumah tangga yang datangnya dari sikap pasangannya iatu istrinya. USM menulis tazkirah ini bukannya ingin menyindir atau apa tujuan yang lain, akan tetapi ini sebagai sedikit pesan untuk kita para laki-laki yang ingin mencari pasangan hidup dan ingin memiliki Istri untuk membina satu keluarga yang aman dan damai di dalamnya. Seperti juga USM dan semua laki-laki yang lain pasti menginginkan type istri yang seperti itu pula.
Di bawah ini USM menuliskan 6 SIFAT WANITA yang tidak baik untuk dijadikan ISTRI yang akan mendatangkan FITNAH kepada para suami di masa hadapan bahkan akan menjerumuskan suami ke dalam azab neraka di akhirat nanti jika tidak berhati-hati.
Di antara 6 sifat buruk wanita tersebut yang perlu di jauhi adalah:
1. Wanita Yang Bersifat Al -Anaanah:
Iaitu wanita yang berarti Banyak mengeluh dan selalu mendatangkan MASALAH dan BEBAN kepada suami. selalu merasa tidak cukup keuangan dan apa yg diberi semua tak cukup. Tak redha dengan pemberian suami, hanya ingin memenuhi kehendak nafsu dia saja, tanpa memperhatikan perasaan dan kepayahan suami, tak hormat kepada suami apalagi berterima kasih pada suami. Bukannya ingin menolong suami, apa yg suami beri pun tak pernah puas.
Ada saja yg tak cukup. dan ianya hanya ingin membuat dirinya sendiri menjadi lebih dan lebih dalam hal material ataupun sosial. Inilah punca masalah dalam rumah tangga yajg timbul dalam keluarga moden seperti sekarang ini.
2. Wanita Yang Bersifat Al-Manaanah:
Iatu wanita Yang berarti Suka mengungkit-ungkit pembeeian. Kalau suami melakukan hal yangg dia tak berkenan si hati, maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. Mudah sangat hendak membicarakan menwkan mental suami dwngan mengatakan : tak mengenang budi lah, tak bertanggung jawab lah, tak sayanglah dan macam-macam leteran. Padahal suami sudah memberi yang terbaik serta perlindungan macam -macam padanya semampu nya.
3. Wanita Yang Bersifat Al -Hunaanah:
Iaitu wanita yang menginginkan suami seperti laki-laki yang lain atau bersifat seperti lelaki yang lain. sangat suka membanding-bandingkan suaminya dengan suami / lelaki lain. Tak cukup dengan sifat suami yg ada sekarang. Inilah typical wanita yang akan MENGHANCURKAN kebahagiaan rumah tangga.
4. Wanita Yang Bersifat Al- Hudaaqah:
Iaitu wanita yang bersifat suka memaksa suami. Bila hendak sesuatu maka dipaksa suaminya melakukan sesuatu apa yang diingininya. Ada kalanya dengan berbagai ancaman: ingin lari, ingin bunuh diri, ingin membuat malu suami, dan lain lain.
Suami
[2:35pm, 01/02/2015] Kak Ju Ppas: dibuat seperti hamba bukan sebagai pemimpin yang wajib dihormati nya. Yang dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia sahaja. Tanpa melihat dan mementingkan perasaan dan keadaan suaminya.
5. Wanita Yang Bersifat Al -Hulaaqah:
Iaitu wanita yang hanya sibuk bersolek berpakaian cantik atau tidur atau santai -santai dan berhibur, hingga lalai dengan ibadah-ibadah asas, seperti solat, wirid zikir, membaca al-Qur'an, mengurus rumah-tangga, berkasih sayang dengan anak – anaknya, dan lain-lain.
6. Wanita Yang Bersifat As-Salaaqah:
Wanita uang Banyak berbicara, dan bercakap LAGHO suka dengan gosip. Siang malam, pagi petang asik bergosip. Apa saja yg suami kerjakan selalu tidak benar dimatanya. Di zaman sekarang ni bergosip bukan saja berbicara di depan suami, tapi dengan telfon, SMS, WhatsApp, internet, dan berbagai media sosial yang lain . Yang jelas istri seperti itu hanya asyik menyusahkan suami dengan kata-kata nya yg menyakitkan hati suaminya.
Keenam perilaku diatas sangat tidak menyenangkan dan sangat mengecewakan bagi kita semua kaum lelaki, apabila kita memperoleh Istri dengan sifat yang demikian, oleh karena itu, semoga kita lelaki berusaha untuk mencoba menjadi orang baik dan ingin menjadi suami yang bertanggung jawab dan membangun keluarga bahagia.
Ingatlah wahai para wanita!!!, syurgamu ada di bawah telapak kaki suamimu. Hormatilah dia, hargai lah dia, jangan bebankan perasaan dan fikirannya hanya kerana keegoan dan kesombongan dirimu wahai wanita.
Ya Allah karuniakan kepada kami kekuarga sakinah, mawwadah dan warrahmah, jadikanlah isteri kami wanita yang sholehah yang menyejukkan hati suami, jauhi kami mendapatkan isteri yang tidak mengenang budi suami. Mudah-Mudahan kebahagiaan kami akan berkekalan di dunia dan akhirat. Aamiinn Ya Robbal 'Aalamiin !!!!!
Wallahu A'lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. (Ustaz Sihabuddin Muhaemin).
Catatan:
ILMU ITU MILIK ALLAH SWT UNTUK DISEBARKAN.
Sila KONGSIKAN Dengan Sesama SAUDARA KITA.
Mudah-Mudahan bermanfaat Untuk Semua.
Di Dunia Dan Di Akhirat Nanti. Insya-Allah. Aamiinn !!!!!
Kritik Dan Saran Yang Membina Sangat Dialu-alukan.
Sila tlp/sms kami, USM (012-6653988).
Atau layari laman facebook:
http://www.facebook.com/ USM - Sihabuddin Muhaemin.
TERIMA KASIH.
(Makkah al-Mukarramah, Ahad 11 Rabiul Akhir 1436 H).

memadailah Allah sebagai kekasih, Al-Quran sebagai hiburan dan mati sebagai peringatan