03 January 2015

Buku 1 2015: Pujuklah Hati

Ini buku pertama yang saya baca tahun ini. Tulisan Bonda Nor yang berjaya memikat hati saya. Saat saya terbaca di FB Prof Muhd Kamil, tentang buku ini, saya sudah memasang angan untuk memilikinya walau hakikatnya saya sudah berazam untuk tidak membeli buku lagi. 

Banyak buku yang saya beli, tersimpan elok dalam kotak tanpa sempat membacanya. Tahun ini sekali lagi saya berazam untuk membaca satu persatu buku yang sudah dibeli. 

"No more new books for me." Say me to myself.

I know I cannot trust myself too. Tengoklah nanti.



"Kalau dipaksa, aku terpaksa" membuatkan saya tersentak. Benar sekali kata Bonda Nor "Kalau Allah dah suruh tu, buat sahajalah!" 

Benar kaki itu aurat. Saya juga sudah lama tahu. Ramai yang tidak berjaya menutup aurat yang satu ini termasuk saya. Bukan tidak menjaga tetapi mungkin apa yang saya buat sebelum ini belum sempurna. Allah, ampunkan dosaku.

Bonda Nor mengingatkan diri yang sering lupa. Apa pun yang menimpa diri, itu adalah peringatan Allah kepada hambanya. Kembalilah pada Dia. Usah pernah kesal dengan apa yang telah ditentukan. Tidak mungkin berlaku sesuatu tanpa izin Dia. 

Usah tertekan.
Usah sedih.
Usah gelisah.

"Insya-Allah, bila sampai masanya nanti."

Serahkan urusan kita pada Qadha dan Qadar Allah kerana Dia lebih mengetahui setiap apa yang lebih baik untuk hambanya.

Pujuklah hati.

Ya, hati saya sudah lama terpujuk. 







memadailah Allah sebagai kekasih, Al-Quran sebagai hiburan dan mati sebagai peringatan

No comments:

Post a Comment