27 January 2015

6 LANGKAH MENGAWAL KEMARAHAN.

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:
TAZKIRAH HARI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA. 
(Sabtu 24 Januari, 2015).

6 LANGKAH MENGAWAL KEMARAHAN.
Perasaan marah ada pada diri setiap manusia. kerana Allah SWT menciptakan hati manusia terdiri dari berbagai sifat dan sikap. Yang saling bertentangan. Ada berci ada sayang, ada sombong ada tawaddhu dan lain sebagainya. Hal Itu merupakan fitrah setiap manusia dalam hidup.
Islam tidak menyuruh kita untuk membuang marah, akan tetapi Islam mengajar kita untuk mengawal marah. Kerana naluri manusia telah tertanam berbagai macam perasaan dalam hati nya termasuk perasaan marah.
Marah yang tidak mengikut panduan syariat, adalah marah yang sudah di kawal oleh syaitan. Manusia yang sudah dipengaruhi dengan perasaan marah kebiasaannya akan melakukan ucapan dan tindakan di luar kawalan dan lebih bersifat melulu dan emosi.
Perasaan marah itu datangnya daripada api syaitan yang sedang menyala-nyala. Kerana syaitan adalah makhluk Allah SWT yang tercipta dari pada api. Ini berarti orang yang marah sudah dikuasai nafsu syaitan. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-A'raf, ayat 12:
َ أَنَا خَيْرٌ مِّنْهُ خَلَقْتَنِي مِن نَّارٍ وَخَلَقْتَهُ مِن طِينٍ
Ertinya:
"Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah."

Dalam satu riwayat hadith daripada Abu Hurairah RA, bahawasanya Rasulullah SAW pernah berpesan kepada salah seorang sahabatnya:
أن رجﻻ قال للنبي صلى الله عليه وسلم: أوصيني، قال: ﻻ تغضب فردد مرارا. قال ﻻ تغضب.
Ertinya:
"Bahawasanya seorang laki-laki berkata kepada Nabi SAW, Berwasiatlah kepada aku (wahai Rasulullah SAW), Beliau bersabda: jangan marah, Beliau mengulanginya dalam beberapa kali. Beliau bersabda: jangan marah. (HR. Bukhari).

Dalam Islam, Perasaan marah dapat dikawal dengan dua cara: 1. Dengan Ilmu 2. Dengan amal (perbuatan).
Jika seseorang tengah diliputi perasaan marah, ada beberapa langkah untuk mengawal kemarahan dengan ilmu, di antaranya:

1. Dengan mengingatkan diri sendiri terhadap perasaan marah tersebut yang akan menimbulkan permusuhan, perpecahan dan perbalahan antara sesama saudara. Dengan cara seperti itu akan dapat meredakan kemarahan tersebut.
2. Dengan cara berfikir yang positif tentang kebaikan memaafkan orang lain serta bersikap lemah lembut ataupun mengalah. Dengan cara seperti ini akan menjadikan manusia suka kepada kebaikan dan menghiasi diri dengan sifat yag baik, maka dengan demikian aka dapat mengawal perasaan marah tersebut.
3. Dengan berfikir terhadap punca san sebab datangnya kemarahan tersebut. Hal ini bertujuan untuk mengurangkan perasaan marah tersebut jika puncanya tidaklah begitu besar.
4. Dengan membayangkan diri sendiri terhadap buruknya diri kita ketika marah serta betapa kejinya perasaan marah tersebut. Dengan demikian akan dapat mengurangkan perasaan marah tersebut.
5. Dengan menyedarkan diri bahawa perasaan marah terebut merupakan salah satu sifat ego dan sombong diri kita terhadap orang lain, dengan melakukan kemarahan kepada orang lain. Dengan cara demikian akan dapat mengurangkan perasaan marah tersebut.
6. Dengan menyedari diri bahawa kemarahan akan dapat mendatangkan kemurkaan Allah SWT. Dan kemurkaan Allah SWT jauh lebih besar akibatnya berbanding kemaraan kita terhadap orang lain. Dengan cara demikian, maka dapat mengawal perasaan marah tersebut.
Wahai saudaraku sekalian. Orang yang hebat bukanlah orang yang tidak ada perasaan marah, akan tetapi orang yang hebat adalah orang yang dapat mengawal perasaan marah kepada orang lain.
Ya Allah ya Tuhan kami, berikanlah kepada kami sikap lemah lembut. Jauhkan diri kami dari perasaan sombong, angkuh serta jauhkan kami dari perasaan marah terhadap sesama. Mudah-Mudahan kami menjadi insan yang sentiasa menjaga persaudaraan terhadap sesama umat manusia. Aamiinn Ya Robbal 'Aalamiin !!!!!
Wallahu A'lam. 
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat. 
Wassalam USM
(Ustaz Sihabuddin Muhaemin).

Catatan:
ILMU ITU MILIK ALLAH SWT UNTUK DISEBARKAN. 
Sila KONGSIKAN Dengan Sesama SAUDARA KITA. 
Mudah-Mudahan bermanfaat Untuk Semua.
Di Dunia Dan Di Akhirat Nanti. Insya-Allah. Aamiinn !!!!!

Kritik Dan Saran Yang Membina Sangat Dialu-alukan. 
Sila tlp/sms kami, USM (012-6653988). 
Atau layari laman facebook:
http://www.facebook.com/ USM - Sihabuddin Muhaemin.

TERIMA KASIH. 
( Shah Alam, Sabtu 3 Rabiul Akhir 1436 H).

memadailah Allah sebagai kekasih, Al-Quran sebagai hiburan dan mati sebagai peringatan

No comments:

Post a Comment