21 January 2015

Buku 3 2015: Catatan Matlutfi

                             
Menelusuri coretan santai Matlutfi yang mencuit hati dalam buku ini membuatkan saya membaca berkali-kali untuk mendapatkan mesej tersirat.

Ada yang mencuit hati yang menyebabkan saya tergelak sendirian, ada yang mencuit hati yang menyebabkan saya termenung panjang.

Sarcasasm Matlutfi memang sudah saya maklumi.

Buku ini banyak menghimpunkan buah fikir yang beliau kongsikan secara santai di muka buku. Santai yang bukan sekadar santai. Santai yang penuh makna dan mengajak kita berfikir tentang banyak perkara. 


Ini puisi tiga baris yang mencuit hati saya.
Saya suka.

Ini mencuit hati saya dengan rasa yang berbeza.
Puisi ini saya sudah ulang berpuluh kali di muka buku Matlutfi.
Ini seruan dari hati kepada hati yang membuatkan saya sebak.
Sungguh.


Opps, Lupa untuk mencatatkan, sumber inspirasi Matlutfi ialah Datin Seri Rosmah Mansor. Saya tabik spring la kat Mat ni.


P/s: Buku ini saya pinjam sahaja dari Fiza.
Masih akur pada perjanjian yang tidak bertandatangan itu.













memadailah Allah sebagai kekasih, Al-Quran sebagai hiburan dan mati sebagai peringatan

No comments:

Post a Comment