05 January 2015

Diari 5 Januari 2015: WhatsApp

Lebih kurang sebulan lepas, saya bertemu Marina, sahabat lama di PPAS. Lama tidak bertentang mata di alam realiti tetapi sering bertemu di laman muka buku.

"Meh no fon kau. Aku masukkan dalam group whatsapp Nusaibah ya." 

"Okay, boleh je."

Ramai jugak dalam group whatsapp ni..bisik saya. Satu geng asrama blok c, kolej nusaibah zaman belajar dulu-dulu. 

Sejak hari itu, saya menjadi pemerhati sahaja, sekadar silent reader. Nak menyapa, rasa segan la pulak. Topik pulak semua hebat-hebat. Bab-bab yang hampir semuanya saya tidak ambil peduli. Emas la, brand handbag ribu riban la..rumah la..bicara sana..bicara sini..adus geng loyer yang hebat-hebat. Dah lama sangat tak jumpa diorang semua. Lagi pun, saya sentiasa beranggapan saya invisible..hehee.

Sehingga pada suatu malam.

Kawan saya Norsiah up kan printscreen di whatsapp.

"No 019 69***** no sapa ni, admin tolong jawab."

Ha...ha..ha..sungguh saya tergelak besar. Kelakar betul diorang ni

Tie, sahabat saya, personally whatsapp saya. Permintaan sahabat saya yang sorang ni sukar untuk saya tolak. Terima kasih sahabat. Nampaknya saya sudah tidak invisible lagi.

Tapi macam biasa la, saya suka untuk tidak visible.

Rindu pada masa dulu-dulu

Rindu pada kenangan lalu

Rindu pada waktu yang telah berlalu.

Rindu pada waktu yang telah pergi meninggalkan daku..


Diari diri,



memadailah Allah sebagai kekasih, Al-Quran sebagai hiburan dan mati sebagai peringatan

2 comments:

  1. Sy juga rindu & akan selamanya merindui...

    ~Tiey~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rindu yang tersimpan kemas dalam lipatan hati.

      Delete