01 January 2015

1 Januari 2015: Bermula

Hari baru di tahun baru.

Apa yang berbeza? Tidak ada apa-apa pun pada saya. Kalau ditanya apa azam tahun baru saya. Rasanya cukup saya katakan bahawa azam saya tahun ini ialah untuk menunaikan azam tahun lepas.

Esok pula maulidur rasul. Tarikh yang disambut bagi meraikan junjungan mulia utusan Allah. 

Betapa masa tidak pernah menunggu kita.

Saya cuma ada dua bulan sahaja lagi. Dua bulan sebelum rutin lama berulang. Larat atau tidak dengan dua komitment yang bertindan, saya tidak tahu. Serahkan sahaja pada Dia. Moga Dia permudahkan urusan saya.

Jom kita hafal Al-Quran. Mulakan dengan surah yang pendek-pendek dulu. Kalaulah saya boleh istiqamah, alangkah bagusnya.



kopipes


Ini sahaja boleh menerangi kubur saya nanti.

Dan Hasliza berangan lagi. Berangan memang best.



Diari diri,


memadailah Allah sebagai kekasih, Al-Quran sebagai hiburan dan mati sebagai peringatan

No comments:

Post a Comment