27 April 2015

Maafkan aku

Maafkan aku
kerana leka dengan angin yang sepoi-sepoi membelai pipi
kerana terpesona dengan indahnya warna pelangi
kerana asyik  dengan pohon-pohon kelapa yang melambai

Maafkan aku
kerana sesaat itu aku lupa
tenggelam dalam mimpi yang tiada hujungnya
lemas dalam rasa yang  membuatku alpa seketika

Maafkan aku
kerana sedetik itu aku leka
walau sekejap 
bahagia yang singgah palsu cuma 

usah gusar sayang..
lupakan sahaja kasih..
yang tergalas di bahu kutanggung semua
yang tercalar di hati kurawat semula.



Dari cermin kaca Tingkat 10


memadailah Allah sebagai kekasih, Al-Quran sebagai hiburan dan mati sebagai peringatan

19 April 2015

Dilema

Berdiri di sini
di persimpangan lorong sunyi
ke kanan
jiwa akan sepi
ke kiri 
pasti merana hati
kedua-duanya jalan mati
dan aku
harus melangkah pasti...



memadailah Allah sebagai kekasih, Al-Quran sebagai hiburan dan mati sebagai peringatan