02 March 2015

Diari 2 Mac 2015: Selepas 9 bulan

Saya kembali ke sini selepas 9 bulan tempat ini saya tinggalkan. Perasaan saya berbaur. Saya gagahkan diri juga. Rasanya tekanan yang saya hadapi 9 bulan lepas masih belum hilang. Beban yang saya pikul masih terasa beratnya. 

Andai di tanya mengapa, saya sahaja yang tahu jawapan sebenarnya. Jarang saya luahkan pada sesiapa. Hanya kawan-kawan yang bersama saya setiap hari, mengharung peritnya tekanan di sini sahaja yang memahami. Andai di tanya pada saya, jawapan yang saya beri adalah jawapan dusta yang tertulis di buku semata,

 "ok je, boleh la, layan je". 

Tapi usah direnung mata saya. Jangan dipandang wajah saya. Wajah ini tidak mampu menyembunyikan rasa. Mata ini juga biasan hati yang sudah tidak mampu berdusta. 

Saya sudah hilang apa yang saya cari selama ini. Saya betul-betul sendirian. Tiada lagi teman berjuang seperti dulu. 

Dan kini saya tahu niat saya sudah tidak seperti dulu. Ya Allah, kau ampunkan dosaku. Bantulah aku dalam menempuh hidup yang kian menggila di sini. 

Harus berat badan saya turun lagi. Tengok la nanti. 


Diari diri,


memadailah Allah sebagai kekasih, Al-Quran sebagai hiburan dan mati sebagai peringatan

No comments:

Post a Comment