19 March 2015

Diari 19 Mac 2015: Ukhuwah fillah

Saya menerima jemputan walimah dua sahabat saya lebih kurang sebulan yang lepas. Itu jemputan formal, jemputan yang tidak formal sudah lama saya dapat. Dua sahabat baik saya akan menikah pada tarikh yang hampir sama. Adilah memilih sabtu 14/3 sebagai tarik bersejarah beliau, dan sahabat saya Tiey memilih 15/3. Ini jemputan yang tidak boleh saya pandang sebelah mata. 

Mereka berdua,  Adilah dan Tiey, dua sahabat yang istimewa. Istimewa di hati saya. Adilah, persahabatan saya dengan beliau terjalin sejak tingkatan peralihan di sebuah daerah kelahiran saya.
Di sini kita membina ukhuwah.(huduh benar gambornya..hehe)
Persahabatan yang cukup lama menyebabkan kami saling mengenal hati budi masing-masing. Dia sahabat yang tidak pernah menghampakan saya. Yang tidak perlu saya selindung apa-apa. Dengan dia saya telus, meluahkan apa sahaja dalam hati saya. Segala rasa marah, benci, meyampah dan semua perangai buruk saya tidak pernah saya sembunyikan. Dia boleh sahaja meneka riak hati saya tanpa saya perlu berkata apa-apa. Paling penting, keluarga kami saling mengenali antara satu sama lain. Dari mak ayah, adik beradik, anak saudara dan juga sampai ke emak saudara. Kelakar kan? Banyak benar budinya pada saya.


Perkenalan saya dengan Tiey pula bermula sejak kami di UIA. Dia jiran sebelah bilik. Rasanya kami tidak rapat benar masa di Nusaybah. Hubungan kami rapat selepas kami tamat belajar. Kenapa ya? Mungkin kami berkongsi rasa yang sama. Saya sudah 2 kali bertandang ke rumahnya di Kampar
Nasi kerabu kita..Cik Ma..im waiting for your turn
Perak. Dua kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan. Benar, bila kita mahu bersahabat kerana Allah, Allah akan memberikan kita sahabat yang baik, yang tidak lekang memberi nasihat. Nasihat kadang-kadang tidak perlu panjang berjela, cukup sebaris ayat tetapi melekat di hati.

Saya mahu memohon cuti. Malangnya ditolak atas sebab-sebab yang tidak dapat saya tuliskan di sini. Saya nekad. Hujung minggu ini saya wajib berada di kampung halaman, dengan apa cara sekalipun. Tiket bas sudah habis kerana cuti sekolah telah bermula. Akhirnya saya memilih untuk terbang demi meraikan hari bahagia mereka berdua.

Walaupun cuma dua hari di Pasir Mas, saya cukup gembira. Syukur tidak terhingga buat Dia yang telah mengabulkan doa saya untuk sabahat-sahabat saya.

Alhamdulillah wa syukrillah.
Sekalung tahniah buat kalian.



 P/s: Ini untuk kalian yang sedang mencipta bahagia



Dua insan,
Bersatu dengan lafaz suci,
Berkasih sayang demi cinta illahi,
Moga kalian sentiasa dalam lindunganTuhan,
Menyemai cinta seluas langit terbentang,
Setulusnya memberi tanpa mengharapkan balasan,
Seikhlasnya menyayangi selagi hayat di kandung badan,
Tabahlah dalam mengharung ujian  mendatang,
Jangan sesekali mengalah andai diduga dek gelombang di lautan,
Sabarlah dengan setiap kekurangan,
Jadilah pendamping yang memberi ketenangan ,
Berusahalah mencari kesempurnaan,
Redha dengan setiap pemberian,
Matlamat kita bukan kebendaan,
Isteri solehah yang dicitakan,
Cukuplah syurga sebagai ganjaran.















Diari diri










memadailah Allah sebagai kekasih, Al-Quran sebagai hiburan dan mati sebagai peringatan

No comments:

Post a Comment