08 February 2015

Diari 8 Februari 2015: Tidak dirancang

Sabtu lepas saya ke PKNS. Hajatnya cuma satu, bank in cek yang sudah hampir 2 bulan berada di tangan. Selepas singgah makan nasi lemak yang tidak berapa sedap, saya singgah di booth PKNS dan tanpa sengaja terjumpa beberapa kitab lama. Apa lagi, saya beli sahaja. Bila mahu dibaca? Saya pun tidak tahu.

Saya kemudiannya ke SACC Mall. Sudah alang-alang sampai ke situ, saya mahu ke kedai kain. Opps mahal sangat. Gulatis saya keluar dengan tangan kosong. Singgah sebentar di Body Shop membeli perfume yang sudah berbulan-bulan bertangguh. Body Shop sahaja. Itu sahaja satu-satunya minyak wangi yang boleh saya pakai, yang tidak menyengat hidung dan tidak membuatkan saya pening lalat.
Kitab Tok Guru Haji Lah Lubuk Tapah 

Selepas itu saya ke Pesta Buku Selangor di Shah Alam Konvensyen Center. Mahu menjenguk sebentar dan melepaskan gian tanpa ada perancangan apa-apa. Saya singgah di booth Pengajian Pondok dan sempat membeli kitab nipis yang berharga RM5 sahaja. Ralit benar saya di situ. Tidak sedar handphone berbunyi.

"Miss, jom p kuantan. Saya kat KL ni. Miss kata kalau ada yang nak p dari KL, miss boleh ikut."

Haduhh.

Alasan yang saya beri sudah tidak relevant lagi.

"Bukan awak ke sana dari JB ke?"

"Saya balik KL ni."

"Alaa miss jom la, kita p sekejap je, just jumpa Muaz dan Din, pastu kita balik la." Dia memujuk lagi.

Jam di tangan sudah 12.45 tengahari.

Teringat saya pada PA Muaz yang sudah 2 minggu cuba menghubungi saya. Muaz yang beria-ria menjemput.

"Miss datang la miss, bila lagi kita nk kumpul ramai-ramai."

"Jauh tu Muaz..tak kan saya nk p sana sorang-sorang, nak drive memang tak lepas la saya. Kalau ada orang nak p dari sini boleh la saya tumpang."

Saya memberi alasan.

Kini alasan tersebut sudah memakan diri saya.

"Ye la, ye la, saya p la, you all ni pandai je buat saya serba salah."

Bersama Ainuddin, Muaz dan Azmir di Tanjung Lumpur Kuantan
Mengenali mereka sejak 2005. Sudah 10 tahun. Mereka sudah menjawat jawatan besar. Ainudin kini menjadi Setiausaha Akhbar Menteri Besar Johor, Muaz di Asturi Metal Builders di Gebeng dan dah jadi bos besar. Garangnya tak habis-habis. Azmir pula di sebuah syarikat pembinaan di JB.

Tapi mereka tetap anak murid saya. Masih lagi mendengar cakap saya.

Terima kasih kerana sentiasa menjadi bodyguard saya.



Diari diri,



memadailah Allah sebagai kekasih, Al-Quran sebagai hiburan dan mati sebagai peringatan

No comments:

Post a Comment