08 September 2015

Cinta dan Cita

Walau kerikil itu pernah membuat kakimu luka
Walau duri yang merintang menjadi asbab hatimu gundah gulana..
Terkadang ombak ganas membadai membuat jiwa makin nestapa
Kerana
Jalan hidup kita pasti berbeza
Lantas
Ujian dan rintangan juga tidak pernah akan sama..

Namun
Jangan pernah kau lupa
Usah sesekali leka
Matlamat hidup kita tetap sama
Yang ditagih bukan cinta manusia semata
Yang didamba hanya cinta Dia yang Maha Esa
Yang dicita syurga firdausi utk kita sama-sama kekal disana
Selamanya.
memadailah Allah sebagai kekasih, Al-Quran sebagai hiburan dan mati sebagai peringatan

No comments:

Post a Comment