Gotong Royong di Surau Al-Hidayah Seksyen 24 Shah Alam
Sempena Majlis Berkhatan Beramai-ramai yang diadakan di surau ini, kami menyumbangkan sedikit tenaga untuk meringankan penduduk setempat. Ini antara gambar yang sempat saya ambil sekitar aktiviti kami petang itu.
Rajin kan? |
Menolong menyiapkan tempat berkhatan |
Membersihkan tempat wudhuk |
Di samping kerja-kerja membersih, kami juga diminta menyiapkan 50 gubahan untuk dihadiahkan kepada adik-adik yang datang berkhatan. Terkedu saya melihat kain tuala yang bertimbun itu.
"Dato' nak yang cantik tau dik, tak mau yang lipat-lipat dan main masuk je dalam kotak. Kalau boleh, buat la bunga, yang penting logo JP tu mesti ada kat atas".
"Ah, tak balik la kita petang ni". Hati saya berbisik sendiri.
Sejujurnya, saya tidak kreatif, menggubah memang saya surrender awal-awal lagi. Pegang pun tak pernah. Lagi malang, dalam ramai-ramai pelajar yang datang, semuanya satu angkatan dengan saya. Oh, tidak!.
Try je la ya |
Makcik-makcik sedang membuat demo |
Ini hasil yang pertama dari saya, belasah je.. |
No comments:
Post a Comment