Showing posts with label Resipi. Show all posts
Showing posts with label Resipi. Show all posts

20 January 2015

Resipi Karipap Moden


Sila hadam betul-betul resipi ini. Pasti sedap kan??



Copy Paste


memadailah Allah sebagai kekasih, Al-Quran sebagai hiburan dan mati sebagai peringatan

24 November 2011

Kek Gula Hangus


KEK GULA HANGUS
Bahan-bahan 
1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 camt soda bikarbonat
4 biji telur
2 camb mentega
Cara-cara
Masak gula dengan api sederhana. 
Apabila gula sudah bertukar menjadi kuning keemasan, masukkan air panas dan masak lagi
hingga gula cair.  Hati-hati dengan tangan dan muka sebab gula ini akan sedikit meletup. 
Kemudian masukkan mentega.
Sejukkan dan ketepikan dulu.

Pukul telur hingga betul-betul kembang dan pekat. 
Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati. 
Masukkan pula tepung gandum dan soda bikarbonat soda.  Kacau lagi hingga sebati. 
Akhir nya, masukkan air gula yang sudah sejuk. Tapis sekiranya adunan berketul-ketul. 

Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam. Bakar hingga masak. 

Cuba ya As! Pasti menjadi.


P/s: Maaf As, lambat sangat nak bagi resipi...:)


memadailah Allah sebagai kekasih, Al-Quran sebagai hiburan dan mati sebagai peringatan

09 October 2011

Kek gula hangus

Kek gula hangus..

Ini kali ketiga saya membuat kek ini. Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya. Tahniah untuk diri saya sendiri.

Sejujurnya saya tidak pandai membuat kek. Tidak pernah menyentuh oven apatah lagi membakar kek. Entah apa mimpinya, saya membeli oven. Saya kena pandai membuat kek. Itu azam saya dalam diam. Lantas saya mencari resipi di internet. Senang saja membuat kek gula hangus rupanya, bahan-bahannya pun senang di cari. Setakat telur, susu pekat, gandum dan soda bikarbonat, senang saja saya mencarinya. Itulah kata hati saya.

Saya ke Giant dengan hajat mahu mencari soda bikarbonat.

"Tak de la pulak benda alah ni". Bisik hati saya. " Beli je la serbuk penaik ni, sama je kot".

Hati saya berkobar-kobar mahu membuat kek gula hangus. Nak buat jugak.

"Soda tak sama dengan serbuk penaik". Kata Kak Norsiah.

"Kalau letak jugak, macamana Kak?".

"Kek akan jadi apam". 

Hmmm, tak sama rupanya. Saya geram sendiri.

Percubaan pertama, kek yang saya bakar hangus sebab saya tidak pandai menggunakan oven. Rasanya masa dan suhu sudah betul, sama dengan apa yang saya baca di internet. Susah juga ya. Saya kecewa.

Saya mencubanya sekali lagi. Percubaan kedua, gula yang saya cairkan hangus. Saya mengeluh. Susah-susah beli je la. Itu yang bermain di fikiran saya. Tapi alhamdulillah, hasil percubaan kedua tidak mengecewakan.

"Kek ni sedap, lembab, dah nampak sarang kat bawah, dah kira menjadi tapi sedikit hangus kat bawah". Itu komen seorang sahabat.

"Dah jadi ni, tapi You kena buat sekali lagi, pastikan betul-betul jadi, baru boleh beralih buat kek lain pulak". Ini komen Kak Midah. Saya senyum sendiri. Saya sebenarnya sudah berangan mencuba resipi kek coklat pula. Bahan-bahannya sudah pun saya beli. Tak jadi la nampaknya.

Malam ini percubaan saya untuk kali ketiga. Saya boleh berbangga dengan hasilnya. Sedap! Nanti bolehlah saya beralih ke kek lain pula.

Hilang diet kawan-kawan saya kat ofis.

Maaf, kalian jadi mangsa saya.





memadailah Allah sebagai kekasih, Al-Quran sebagai hiburan dan mati sebagai peringatan