Showing posts with label Nota. Show all posts
Showing posts with label Nota. Show all posts

25 January 2015

Nota untuk Diri VII: Musibah

Antara nota yang sempat saya catatkan secara ringkas dalam kuliyah yang bertajuk "Musibah Menurut Pandangan Islam Serta Permasalahannya, Hukum-Hakam dan Hikmah Dalam Kehidupan"


Definisi Musibah

Musibah ialah peristiwa yang terjadi yang bersifat negatif ke atas seseorang atau banyak orang yang tidak menyenangkan dan tidak menenangkan pada jasadnya, pada akalnya dan pada hatinya. 

Berdasarkan kepada definisi di atas, musibah mengandungi elemen-elemen berikut:

a) peristiwa atau kejadian yang sedang berlaku atau telah berlaku

b) berunsur negatif

c) menimpa seseorang atau banyak orang

d) Tidak menyenangkan atau menenangkan

e) Menimpa tubuh badannya, akalnya dan hatinya.

Sekiranya salah satu elemen di atas tiada, maka ia tidak dinamakan musibah.


Klasifikasi Musibah

Musibah boleh diklasifikasikan kepada tiga:

a) Ujian atau dugaan Allah- Kerana kasih sayang Allah, kita sebagai hamba diberikan musibah agar kita semakin dekat pada Dia.

b) Teguran atau amaran atau peringatan Allah

c) Bala dan azab seksa Allah kepada kita.

Persoalan yang timbul ialah bagaimana untuk kita mengetahui sama ada musibah yang berlaku adalah ujian atau teguran atau pun bala dari Allah.

Untuk mengetahui sama ada musibah itu ujian atau teguran atau bala, kita hendaklah merujuk kepada lima perkara berikut iaitu:

1. Iman
2. Akhlaq
3. Ibadah
4. Ilmu
5. Amalan Soleh


Oleh itu, nilailah iman kita, akhlaq kita, ibadah kita, ilmu kita dan amalan soleh kita. Sekiranya iman, akhlaq, ibadah, ilmu dan amalan soleh kita cukup, maka musibah yang berlaku adalah ujian Allah. Sekiranya iman kita kurang, akhlaq juga kurang, ibadah kurang, dan amalan soleh juga kurang, musibah tersebut adalah teguran dari Allah. Sekiranya kelima-lima perkara tidak ada, musibah yang menimpa adalah bala Allah kepada kita.

Banyak musibah yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Nilailah sendiri sama ada musibah yang berlaku adalah teguran, ujian atau bala dari Allah.

Bala untuk umat Muhammad berbeza dengan umat-umat yang terdahulu. Bala umat terdahulu celik mata, kenal siapa dan tahu pilih orang. Ini bermakna sebelum Allah turunkan bala, allah telah maklumkan dahulu kepada Nabi-nabi mereka. Sebaliknya, bala untuk umat Muhammad balanya buta, tidak kenal siapa, tidak pilih orang dan rata.

Contohnya, Allah memerintahkan Nabi Nuh membina kapal di atas gunung yang tinggi sebelum banjir besar melanda yang menenggelamkan kaumnya. Nabi Luth diarahkan oleh Allah untuk membawa kaum Saddom yang beriman kepada Allah untuk meninggalkan kampung mereka sebelum Allah menterbalikkan bumi mereka. Laut mati di Jordan itu buktinya. Begitu juga Nabi Hud untuk kaum 'Ad, Nabi Soleh untuk kaum Thamud serta Nabi Syuaib untuk kaun Madyan.


Faktor utama yang menyebabkan datangnya musibah:

1. Dosa dan maksiat serta kemungkaran kepada Allah.

2. Kezaliman manusia terhadap sesama manusia.

   Ada empat tiang negara iaitu bil 'adli umara', bil 'ilmi ulama, pemurahnya orang kaya dan doa orang    fakir miskin,

3. Kelalaian, kelekaan dan kealpaan (Faktor 3 banyak menyumbang kepada musibah)

4. Takdir Allah (sekiranya faktor 1, 2 dan 3 tidak ada, barulah dikira yang ke 4)



Timbangan Musibah/ Berat atau ringannya musibah

Timbangan musibah bukan ke atas musibah yang menimpa. Ia bergantung kepada orang yang di timpa musibah. Kalau iman, akhlak, ibadah, ilmu,  amalan soleh kita kuat, musibah yang menimpa akan jadi ringan. Kalau iman, akhlak, ibadah, ilmu, amalan soleh kita tidak kuat, maka musibah yang kecil akan jadi beban berat yang tidak tertanggung.

#Kuliyah 2 jam, nota secoet je
#bersambung pada kuliyah seterusnya










memadailah Allah sebagai kekasih, Al-Quran sebagai hiburan dan mati sebagai peringatan

10 December 2014

Nota untuk Diri VI: Al-Haliim

caligraphy

(Yang Maha Lemah Lembut, Yang Maha Penyantun)


Dalil
















Kenapa manusia boleh hilang rasa ehsan (halim) dari dalam dirinya

1. terlalu tamak dalam mengumpul harta

2. kesukaan kepada benda-benda syahwat dan kelazatan dunia. Ia merangkumi
  mata (suka tidur) perut (makan) dan apa yang ada di bawah perut (syahwat)

3. buruk pada perkataan( suka mengucapkan benda-benda yang buruk)

4. meringan-ringankan solat (solat adalah untuk mengingati allah bukan untuk memahirkan diri)

5. berkawan dengan orang-orang yang jahat

6. buruk akhlaknya (buruk akhlak pada allah, buruk akhlak pada diri sendiri (jangan biarkan diri tak terjaga), dan juga buruk akhlak pada manusia)

7. melupakan dosa-dosa yang lepas

8. suka menyebut kebaikkan yang dulu untuk berbangga atau menunjuk-nunjuk.

9. melihat benda-benda dunia pada orang yang di atasnya, dan melihat benda-benda agama pada orang yang dibawahnya

10. lupakan mati



memadailah Allah sebagai kekasih, Al-Quran sebagai hiburan dan mati sebagai peringatan

09 December 2014

Nota untuk Diri V: Menuntut Ilmu


7 tanda ilmu yang berkat

1. Ilmu yang berkat menenangkan jiwa orang yang belajar.
2. Ilmu yang berkat membahagiakan hidup dengan keberkatan ilmu yang dipelajari.
3. Ilmu yang berkat akan diberi ingatan yang kuat.
4. Ilmu yang berkat akan menjadi penunjuk jalan/ pembimbing
5. Ilmu yang berkat akan mendatangkan ketaatan kepada Allah dalam hidup.
6  Ilmu yang berkat akan memberi kemanfaatan.
7. Ilmu yang berkat akan memberi keselamatan.

4 niat untuk menuntut ilmu

1. Kerana Allah
2. Mencari redha Allah
3. Menunaikan kefardhuan yang ditentukan Allah
4. Menghilangkan kejahilan

Ilmu terbahagi kepada 2:

1. Ilmu fardhu 'ain
    ilmu yang wajib dituntut untuk keperluan hidup manusia di dunia untuk mencapai                                 kebahagian di akhirat)

2. Ilmu fardhu kifayah

10 ilmu yang diajar oleh junjungan besar nabi kita:

1. Tarbiyatul aqidah
2. Tarbiyatul akhlaq
3. Tarbiyatul ibadah
4. Tarbiyatul ilmiyah
5. Tarbiyatul jasadiyyah
6. Tarbiyatul ijtimaiyyah
7. Tarbiyatul siyasiyyah
8. Tarbiyatul iqtisodiyyah
9. Tarbiyatul jihadiyyah
10. Tarbiyatul jamaliyyah


*Asas utama ialah akidah dan akhlaq. Selama 11 tahun nabi di Mekah untuk membetulkan akidah dan akhlaq. Solat hanya diwajibkan pada tahun ke 12.

*tarbiyah anak dengan ilmu akidah dari umur 2-4 tahun, ilmu akhlaq dari umur 4-7 tahun, ilmu ibadah dari umur 7-10 tahun dan ilmu lain dari umur 10 tahun ke atas.

*Pesan Luqmanul Hakim

Surah Luqman: 13









7 kerjasama untuk menyatukan masyarakat

1. adilnya pemimpin
2. ilmu para ulama
3. rajinnya pekerja
4. bantuan dari orang yang kaya
5. jihad para pejuang
6. ibadah ahli ibadat
7. doa dari orang fakir dan miskin




memadailah Allah sebagai kekasih, Al-Quran sebagai hiburan dan mati sebagai peringatan

03 December 2014

Nota untuk Diri IV

Nota 1

Bersegeralah memohon keampunan dari Dia yang Maha Pengampun atas segala dosa yang kita lakukan (Al-Baqarah:35)

Nabi Adam dan Hawa berdoa selama 300 tahun memohon keampunan kerana telah melanggar perintah Allah. 

Orang yang melanggar perintah Allah tergolong dari kalangan orang-orang yang menzalimi diri sendiri.

Nabi Adam dan Hawa berdoa " رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

[الأعراف :23]

Mohonlah agar kita tidak mati dalam mensyirikkan allah kerana ini adalah dosa yang tidak akan diampun olehNya (An-Nisa': 48 dan juga 116)

Nota 2

Berdoalah dengan kalimah yang baik kerana Allah suka kepada hambanya yang banyak berdoa. Berdoalah sebanyak-banyaknya kerana Allah boleh mengkabulkan semua permintaan hambanya.

Sebaik-baik doa ialah dengan menggunakan lafaz yang terdapat di dalam al-quran seperti 

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَا أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

[البقرة :128]

Apabila berdoa, yakinlah Allah akan memustajabkan doa hambanya. Kalau 'bila' yang yang menjadi persoalannya, bila akan dikabulkan doa kita, maka itu adalah hak Allah.

Mungkin Allah tidak mengabulkan pada waktu yang kita mahu tetapi allah akan memberikan pada waktu yang terbaik kerana Dia lebih tahu bila saat yang sesuai untuk hambanya. 

Yakinlah.

Ya allah, kau anugerahkanlah aku syurga firdausmu, agar aku dapat bersama-sama dengan kekasihmu dan  rasul-rasulmu. Tiada yang sukar di sisiMu ya Allah. Amin ya Rabb.







memadailah Allah sebagai kekasih, Al-Quran sebagai hiburan dan mati sebagai peringatan

14 November 2014

Nota untuk Diri III:Sembelihah; Solat Jama' Semasa Hujan; Nazar

Secara ringkas, kesimpulan dari kuliyyah yang disampaikan oleh Ybhg Ust Dato Dr Nik Zawawi Salleh hari ini.

Nota 1

Menyembelih binatang yang halal dimakan adalah ketetapan Nas dan bukan 'ilah

Contoh lain-haramnya arak dan babi kerana nas bukan 'ilah,

Syarat sah sembelihan:

a) Islam
b) Putus halqum

Putus urat mareh hanya sunat.

Sekiranya putus halqum dan binatang sembelihan masih hidup, boleh diputuskan urat mareh dan ini tidak dikira sembelih 2 kali.


Nota 2

Sunat untuk kita menjama'kan solat semasa hujan (lebatnya mestilah membasahi baju) sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut;

a) Solat tersebut didirikan di masjid
b) Mestiah secara berjamaah
c) Jama' taqdim
d) Tidak boleh qosar

Contohnya sekiranya kita sedang solat magrib berjemaah di masjid, dan tiba-tiba hujan turun, imam boleh memaklumkan kepada makmum bahawa solat isya' akan ditunaikan terus secara jama' taqdim. Sekiranya hujan berhenti ketika sedang solat isya', solat tersebut masih lagi sah. Yang penting solat telah melepasi satu rukun (ada pendapat yang mengatakan mesti melepasi 2 rukun)


Nota 3

Asal hukum bernazar itu makruh. Sesetengah pendapat mengatakan harus.

Sedekah atau sembelih binatang kerana kesyukuran adalah lebih afdol daripada bernazar.

Elakkan diri dari bernazar kerana banyaknya masyaqah/halangan/kesusahan untuk kita menunaikannya. 


#ppas




memadailah Allah sebagai kekasih, Al-Quran sebagai hiburan dan mati sebagai peringatan

12 November 2014

Nota untuk Diri II:Ilmu

Kata hikmah yang dipetik dari Ustaz Zulkifli Ahmad hari ini.

"Belajar menambahkan ilmu, berkomunikasi menambah idea."

Short and precise.

Ini menyedarkan diri agar tidak hanyut sendirian. Carilah sahabat agar kita tidak karam dilautan fikir yang tidak sudah. 

Benar kata seorang sahabat, perjalanan di hadapan memerlukan teman bicara penunjuk jalan, agar resah dan gusar boleh dikongsi oleh yang sama merasa. 

Yang paling utama boleh sama-sama mencambah idea. Semoga perjalanan yang sukar menjadi mudah dan bersama-sama sampai ke garis penamat dengan jayanya.



#ppas








memadailah Allah sebagai kekasih, Al-Quran sebagai hiburan dan mati sebagai peringatan

05 November 2014

Nota untuk Diri I: Ruwaibidhoh

Berkesempatan untuk menghadiri kuliyyah yang disampaikan oleh Ybhg Al-Fadhil Ust Syed Mohd Norhisyam Al Idrus

Mengupas golongan Ruwaibidhoh berdasarkan kepada hadis;


Print screen dari internet.

#ppas
memadailah Allah sebagai kekasih, Al-Quran sebagai hiburan dan mati sebagai peringatan